Isnin, 7 April 2014

Isnin, 31 Mac 2014

Isnin, 30 Disember 2013

PM umum 11 langkah kurang perbelanjaan sektor awam


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

"Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selasa, 12 Februari 2013

Nasib Orang Melayu Di Singapura…


Seorang ahli Parlimen Melayu kerajaan PAP Singapura, Zainal Sapari melahirkan kebimbangan dengan kemerosotan peratusan orang Melayu di republik itu.
Zainal, Ahli Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata keadaan ini sebabkan kesukaran menarik orang Melayu dari luar Singapura, tidak seperti kaum lain yang mempunyai sumber warga baru berbakat dari China dan India.
Hal itu, katanya boleh menjejaskan perangkaan pencapaian bangsa Melayu, apatah lagi kadar kesuburan orang Melayu juga sudah merosot dan perkahwinan campur membabitkan pasangan Melayu kian meningkat.
Menurut Zainal, warga baru Islam bukan Melayu yang dibawa masuk ke sini tidak boleh dianggap sebagai ‘pengganti’ kepada warga Melayu kerana mereka bukan bangsa Melayu.
“Saya bimbang perkara itu akan membawa kesan terhadap statistik pencapaian bangsa Melayu kerana kita tidak akan dapat menambah bilangan orang Melayu berbanding masyarakat Cina dan India yang sentiasa mendapat warga baru berkelulusan dan berjawatan tinggi,” katanya.
Keprihatinan berhubung peratusan orang Melayu pernah ditimbulkan beberapa ahli parlimen Melayu lain sebelum ini seperti Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio), Zaqy Mohamed (GRC Chua Chu Kang) dan Muhd Faisal Manaf (GRC Aljunied).
Zainal yang bercakap di dalam bahasa Melayu berkata Kertas Putih Kependudukan menimbulkan perbincangan hangat di kalangan rakyat dengan ramai bimbang mengenai implikasi sekiranya bilangan penduduk di Singapura mencapai 6.9 juta orang.
Namun, beliau akur isu itu penting kerana masa depan Singapura boleh terjejas sekiranya tiada tindakan dilakukan.
Kadar kesuburan Singapura amat rendah dan bilangan warga tua pula kian bertambah. – AGENSI

UNDI PAS ADALAH HARAM....


Undi Pas Adalah Haram ?

TUMPAT 12 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.
Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.
“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.
“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.
“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.
“Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.
“Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.
“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.
Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.
Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.
“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.
“Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta,” tambahnya – Utusan

Ahad, 7 Oktober 2012

GENERASI PEJUANG BANGSA: Pemimpin agama hentam Guan Eng ceramah politik dalam gereja !!!

GENERASI PEJUANG BANGSA: Pemimpin agama hentam Guan Eng ceramah politik dalam gereja !!!

GENERASI PEJUANG BANGSA: Guan Eng bukti kejayaan amalan nepotisme ala PR !

Pemimpin agama hentam Guan Eng ceramah politik dalam gereja !!!

Semakin terdesak nampaknya Tokong CAT  menjelang PRU 13 sampai nak heret rumah ibadat Kristian iaitu gereja sebagai pentas ceramah politik.  Kalau di masjid digunakan pencacainya  dalam PAS tapi di gereja pulak digunakan beliau sendiri .

Guan Eng malu besar apabila hari ini pemimpin gereja sendiri menghentam beliau menjadikan gereja sebagai pentas politik .

Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.
Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.
Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.
"Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.


"Memang kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara tetapi saya merasakan ketika ini, keadaan Malaysia bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil alternatif untuk mencampuradukkan soal spiritual dan politik," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menggesa penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.